Tiktok Affiliate sedang mengalami Market Maturity atau tahap kematangan sesuatu pasaran. Hal ini terjadi kerana: a. 2022 - 2023: Fasa Tiktok Affiliate mula dikenali ( affiliate discovery ). b. 2024 - 2025: Lambakan kemasukan affiliate baru ( mass adoption ). c. 2025 - 2026: Tiktok Affiliate menjadi satu kerjaya tetap ( profesionalization ). d. 2026 dan seterusnya: Menjadikan satu bisnes kepada creator ( creator business ). Jika kita lihat perubahan Tiktok pada tahun 2022 hingga 2023. Fasa ini adalah fasa orang masih tak tahu apa itu Tiktok Affiliate . Mereka yang masuk awal akan dibekalkan dengan pelbagai kemudahan dan menjana banyak komisen dengan mudah. Golongan awal ini adalah golongan yang berani mencuba, suka cabaran dan nampak peluang awal. Apabila mereka berjaya, mereka akan berkongsi bagaimana kejayaan mudah itu mengubah kehidupan mereka. Pada tahun 2024 hingga 2025, kisah kejayaan golongan awal tadi akan menarik perhatian seluruh masyarakat umum untuk mencuba Tik...