Perubahan Tiktok Affiliate

 Tiktok Affiliate sedang mengalami Market Maturity atau tahap kematangan sesuatu pasaran. Hal ini terjadi kerana:


a. 2022 - 2023: Fasa Tiktok Affiliate mula dikenali (affiliate discovery).

b. 2024 - 2025: Lambakan kemasukan affiliate baru (mass adoption).

c. 2025 - 2026: Tiktok Affiliate menjadi satu kerjaya tetap (profesionalization).

d. 2026 dan seterusnya: Menjadikan satu bisnes kepada creator (creator business).


Jika kita lihat perubahan Tiktok pada tahun 2022 hingga 2023. Fasa ini adalah fasa orang masih tak tahu apa itu Tiktok Affiliate. Mereka yang masuk awal akan dibekalkan dengan pelbagai kemudahan dan menjana banyak komisen dengan mudah. 


Golongan awal ini adalah golongan yang berani mencuba, suka cabaran dan nampak peluang awal. Apabila mereka berjaya, mereka akan berkongsi bagaimana kejayaan mudah itu mengubah kehidupan mereka.


Pada tahun 2024 hingga 2025, kisah kejayaan golongan awal tadi akan menarik perhatian seluruh masyarakat umum untuk mencuba Tiktok Affiliate kerana mereka telah yakin bahawa kejayaan Tiktok Affiliate boleh menghasilkan wang sampingan dengan mudah.


Pada tahun 2026 apabila lambakan Tiktok Affiliate berlaku, ramai yang tidak mampu untuk mengulangi kejayaan atau keuntungan seperti tahun 2022 hingga 2025. Lebih parah apabila ada yang baru nak masuk ke dunia affiliate pada tahun 2026 seperti saya akan menemui kegagalan kerana masih menggunakan strategi yang sama seperti tahun 2022 hingga 2025.


Strategi Affiliate pada tahun 2022 hingga 2025 adalah membuat sebanyak mungkin konten jualan produk affiliate. Bagi mereka yang sudah masuk pada peringkat awal dan telah mempunyai follower yang ramai mungkin akan survive bagi tahun 2026.


Bagi mereka yang baru masuk pada tahun 2026 seperti saya, bagaimana saya nak pastikan konten saya mampu menarik perhatian audien, mengajak audien untuk follow saya, melahirkan kepercayaan audien kepada saya dan seterusnya menjadi pembeli saya. 


Disini bila saya membuat carian dan kajian, saya mendapati ada satu cara untuk Tiktok Affiliate baru seperti saya mampu untuk masuk kedalam pasaran dan mencuba untuk berkongsi pasaran dengan pemain lama.


Caranya adalah dengan mengunakan strategi CREATOR AFFILIATE.





Comments

Popular posts from this blog

Strategi Creator Affiliate